Ke mana hilangnya baki 98,000 askar?
MENURUT Tom Pires, Melaka
mempunyai 100,000 orang askar dan mempunyai angkatan tambahan sebanyak 700
askar Jawa. Namun, menurut laporan
perang sebagaimana dicatat oleh Alfonso de’ Albuquerque, hanya seramai 2,000
askar Melaka berperang dengan Portugis.
Dalam catatan yang sama, Albuquerque
turut menyatakan 2,000 askar Melaka itu dibantu oleh 700 askar Jawa yang menentang
600 askar Portugis (lebih kurang 200 askar Portugis terbunuh dalam pertempuran pertama) yang berada di Melaka dalam episod serangan balas.
Apabila dipersilangkan kedua-dua laporan
Pires dan Albuquerque itu, didapati wujud persamaan angka iaitu 700 askar Jawa.
Berdasarkan kedua-dua laporan itu, kita ketahui bahawa askar Melaka dibantu
oleh 700 askar Jawa. Kewujudan persamaan angka itu menunjukkan kedua-dua
laporan itu adalah selari dan boleh dipercayai.
Pires menyatakan: Askar Melaka
sebanyak 100,000 orang yang sentiasa bersiap sedia dan ada angkatan tambahan
700 askar Jawa.
Albuquerque menyatakan: Hanya
2,000 askar Melaka pergi berperang dan dibantu 700 askar Jawa dalam siri
serangan balas.
Albuquerque menambah, dalam Kota
Melaka pula terdapat 20,000 orang (bukan askar) yang sedia terlibat dalam
serangan balas tersebut, ia termasuk orang-orang Melayu Melaka, Jawa, Parsi dan
Coracone.
Namun, Albuquerque memintas
serangan tersebut dengan meningkatkan kawalan askar Portugis di sekitar Kota
Melaka sehingga menyebabkan 20,000 orang tersebut tidak tampil semasa serangan
balas itu.
Kejayaan memintas tindakan 20,000 orang itu menyebabkan angkatan
serangan balas yang dipimpin Sultan Mahmud Shah menghadapi kesulitan.
Terdapat catatan lain dari
Albuquerque yang lebih menarik. Menurut Albuquerque, beberapa laras senapang
ditemui askar Portugis di Jeram Kwi dekat Tembeling, Pahang pada semasa
Portugis meningkatkan kawalan ketenteraan di daratan.
“Guns found at Jeram Kwi on the Tembeling in Pahang… and the guns
(tidak dinyatakan berapa laras semuanya) themselves seem to have been lethal….”
Jadi, Albuquerque mengesahkan
bahawa sudah terdapat senjata api yang digunakan orang Melayu.
Beliau mengukuhkan kenyataan
tersebut dengan mencatat bahawa Antonio
de Abreau berhadapan kesultan semasa menghadapi serangan balas askar Melaka
apabila ditimpa peluru-peluru meriam sehingga menyebabkan Abreau mengalami
kecederaan di rahang akibat terkena serpihan peluru meriam.
Ia menjelaskan bahawa teknologi
ketenteraan orang Melayu adalah setara dengan teknologi perang orang Eropah
iaitu penggunaan senjata api seperti senapang dan meriam. Orang Melayu dahulu
tidak berperang menggunakan keris (senjata milik peribadi bagi golongan elit) atau
parang semata-mata, mereka juga ada senjata api.
Dalam catatan lain, Albuquerque
menyatakan bahawa Portugis menghadapi serangan sengit selama 14 hari dan 14
malam tanpa henti dengan dentuman meriam dari pihak Melaka.
Jika orang (Melayu) Melaka hanya berperang dengan menggunakan tombak, keris dan parang semata-mata, tidak mungkin Portugis terpaksa berhempas pulas selama dua minggu tanpa henti kerana askar Portugis dilengkapi senjata jarak jauh seperti meriam, crossbow dan senapang.
Portugis menghadapi kesulitan itu
kerana Melaka juga mempunyai senjata-senjata yang setaraf dengan Portugis.
Senapang lawan senapang, meriam lawan meriam dan panah lawan crossbow. Oleh
itu, sudah tentu bukan mudah untuk mengalahkan Melaka pada ketika itu.
“…3,000 pieces of artilleries were taken, and among them there were
about 2,000 in bronze, and one very large gun which the King of Calicut had
sent to the Sultan of Malacca…let not those who read this writing be astonished
when I say that in Malacca were taken 3,000 guns, for Ruy de Araujo and
Ninachatu declared to Alfonso de Albuquerque that there were 8,000 (artilleries)
in Malacca..and the guns were as good as those of Germany..” - Alfonse de
Albuquerque
Kalau kekuatan Melaka adalah sama hebat, jauh lebih hebat daripada Portugis, tidak mungkin Melaka menderita kehilangan negeri. Mustahil Melaka kalah kerana Melaka mempunyai banyak kelebihan untuk menang.
---
Hanya 2,000 bersama Sultan Mahmud dalam serangan balas.
Sebelumnya, terdapat 100,000 askar Melaka menentang 800 askar Portugis di Selat Melaka.
Apa yang telah berlaku kepada baki angkatan 98,000 askar Melaka?
Kalau mereka dibunuh, siapa yang membunuh mereka?
Kalau mereka membelot, siapakah ketua mereka?
Portugis datang ke Melaka dengan kira-kira 800 askar, ada yang terbunuh dan ada yang terselamat, dalam menghadapi 2,000 askar Melaka (tidak termasuk 700 askar Jawa), Portugis masih boleh bertahan, bagaimana Portugis bertahan sedangkan bantuan armada Portugis dari India belum sampai ke perairan Selat Melaka, adakah mereka menerima bantuan askar upahan yang berdekatan, siapakah askar upahan Portugis? Adakah dari kalangan 98,000 orang itu?
Tidak mungkin semua 98,000 orang askar itu mati dalam pertempuran pertama, pasti ada baki dari kalangan mereka, tidak mungkin mereka 'hilang' begitu sahaja.
Katakan, kita sudah jumpa 20,000 orang daripada kumpulan askar 98,000 orang yang hilang itu, tetapi mereka tidak muncul dalam serangan balas.
Dilaporkan ada 20,000 orang menunggu di Kota Melaka untuk membantu angkatan serangan balas, tetapi mereka bukan askar, akhirnya mereka tidak juga muncul-muncul.
Tiada masalah kalau semberono mahu memasukkan mereka ke dalam kumpulan 98,000 askar itu, 98,000-20,000, ada baki 78,000 orang lagi, tetapi kumpulan 20,000 orang itu juga hilang begitu sahaja, ke mana hilangnya mereka? ke mana hilangnya 98,000 askar Melaka?

Dibunuh?
Membelot?
-HISTORIA-