Ke mana hilangnya baki 98,000 askar?
MENURUT Tom Pires, Melaka
mempunyai 100,000 orang askar dan mempunyai angkatan tambahan sebanyak 700
askar Jawa. Namun, menurut laporan
perang sebagaimana dicatat oleh Alfonso de’ Albuquerque, hanya seramai 2,000
askar Melaka berperang dengan Portugis.
Dalam catatan yang sama, Albuquerque
turut menyatakan 2,000 askar Melaka itu dibantu oleh 700 askar Jawa yang menentang
600 askar Portugis (lebih kurang 200 askar Portugis terbunuh dalam pertempuran pertama) yang berada di Melaka dalam episod serangan balas.
Apabila dipersilangkan kedua-dua laporan
Pires dan Albuquerque itu, didapati wujud persamaan angka iaitu 700 askar Jawa.
Berdasarkan kedua-dua laporan itu, kita ketahui bahawa askar Melaka dibantu
oleh 700 askar Jawa. Kewujudan persamaan angka itu menunjukkan kedua-dua
laporan itu adalah selari dan boleh dipercayai.
Pires menyatakan: Askar Melaka
sebanyak 100,000 orang yang sentiasa bersiap sedia dan ada angkatan tambahan
700 askar Jawa.
Albuquerque menyatakan: Hanya
2,000 askar Melaka pergi berperang dan dibantu 700 askar Jawa dalam siri
serangan balas.
Albuquerque menambah, dalam Kota
Melaka pula terdapat 20,000 orang (bukan askar) yang sedia terlibat dalam
serangan balas tersebut, ia termasuk orang-orang Melayu Melaka, Jawa, Parsi dan
Coracone.
Namun, Albuquerque memintas
serangan tersebut dengan meningkatkan kawalan askar Portugis di sekitar Kota
Melaka sehingga menyebabkan 20,000 orang tersebut tidak tampil semasa serangan
balas itu.
Kejayaan memintas tindakan 20,000 orang itu menyebabkan angkatan
serangan balas yang dipimpin Sultan Mahmud Shah menghadapi kesulitan.
Terdapat catatan lain dari
Albuquerque yang lebih menarik. Menurut Albuquerque, beberapa laras senapang
ditemui askar Portugis di Jeram Kwi dekat Tembeling, Pahang pada semasa
Portugis meningkatkan kawalan ketenteraan di daratan.
“Guns found at Jeram Kwi on the Tembeling in Pahang… and the guns
(tidak dinyatakan berapa laras semuanya) themselves seem to have been lethal….”
Jadi, Albuquerque mengesahkan
bahawa sudah terdapat senjata api yang digunakan orang Melayu.
Beliau mengukuhkan kenyataan
tersebut dengan mencatat bahawa Antonio
de Abreau berhadapan kesultan semasa menghadapi serangan balas askar Melaka
apabila ditimpa peluru-peluru meriam sehingga menyebabkan Abreau mengalami
kecederaan di rahang akibat terkena serpihan peluru meriam.
Ia menjelaskan bahawa teknologi
ketenteraan orang Melayu adalah setara dengan teknologi perang orang Eropah
iaitu penggunaan senjata api seperti senapang dan meriam. Orang Melayu dahulu
tidak berperang menggunakan keris (senjata milik peribadi bagi golongan elit) atau
parang semata-mata, mereka juga ada senjata api.
Dalam catatan lain, Albuquerque
menyatakan bahawa Portugis menghadapi serangan sengit selama 14 hari dan 14
malam tanpa henti dengan dentuman meriam dari pihak Melaka.
Jika orang (Melayu) Melaka hanya berperang dengan menggunakan tombak, keris dan parang semata-mata, tidak mungkin Portugis terpaksa berhempas pulas selama dua minggu tanpa henti kerana askar Portugis dilengkapi senjata jarak jauh seperti meriam, crossbow dan senapang.
Portugis menghadapi kesulitan itu
kerana Melaka juga mempunyai senjata-senjata yang setaraf dengan Portugis.
Senapang lawan senapang, meriam lawan meriam dan panah lawan crossbow. Oleh
itu, sudah tentu bukan mudah untuk mengalahkan Melaka pada ketika itu.
“…3,000 pieces of artilleries were taken, and among them there were
about 2,000 in bronze, and one very large gun which the King of Calicut had
sent to the Sultan of Malacca…let not those who read this writing be astonished
when I say that in Malacca were taken 3,000 guns, for Ruy de Araujo and
Ninachatu declared to Alfonso de Albuquerque that there were 8,000 (artilleries)
in Malacca..and the guns were as good as those of Germany..” - Alfonse de
Albuquerque
Kalau kekuatan Melaka adalah sama hebat, jauh lebih hebat daripada Portugis, tidak mungkin Melaka menderita kehilangan negeri. Mustahil Melaka kalah kerana Melaka mempunyai banyak kelebihan untuk menang.
---
Hanya 2,000 bersama Sultan Mahmud dalam serangan balas.
Sebelumnya, terdapat 100,000 askar Melaka menentang 800 askar Portugis di Selat Melaka.
Apa yang telah berlaku kepada baki angkatan 98,000 askar Melaka?
Kalau mereka dibunuh, siapa yang membunuh mereka?
Kalau mereka membelot, siapakah ketua mereka?
Portugis datang ke Melaka dengan kira-kira 800 askar, ada yang terbunuh dan ada yang terselamat, dalam menghadapi 2,000 askar Melaka (tidak termasuk 700 askar Jawa), Portugis masih boleh bertahan, bagaimana Portugis bertahan sedangkan bantuan armada Portugis dari India belum sampai ke perairan Selat Melaka, adakah mereka menerima bantuan askar upahan yang berdekatan, siapakah askar upahan Portugis? Adakah dari kalangan 98,000 orang itu?
Tidak mungkin semua 98,000 orang askar itu mati dalam pertempuran pertama, pasti ada baki dari kalangan mereka, tidak mungkin mereka 'hilang' begitu sahaja.
Katakan, kita sudah jumpa 20,000 orang daripada kumpulan askar 98,000 orang yang hilang itu, tetapi mereka tidak muncul dalam serangan balas.
Dilaporkan ada 20,000 orang menunggu di Kota Melaka untuk membantu angkatan serangan balas, tetapi mereka bukan askar, akhirnya mereka tidak juga muncul-muncul.
Tiada masalah kalau semberono mahu memasukkan mereka ke dalam kumpulan 98,000 askar itu, 98,000-20,000, ada baki 78,000 orang lagi, tetapi kumpulan 20,000 orang itu juga hilang begitu sahaja, ke mana hilangnya mereka? ke mana hilangnya 98,000 askar Melaka?
Portugis datang ke Melaka dengan kira-kira 800 askar, ada yang terbunuh dan ada yang terselamat, dalam menghadapi 2,000 askar Melaka (tidak termasuk 700 askar Jawa), Portugis masih boleh bertahan, bagaimana Portugis bertahan sedangkan bantuan armada Portugis dari India belum sampai ke perairan Selat Melaka, adakah mereka menerima bantuan askar upahan yang berdekatan, siapakah askar upahan Portugis? Adakah dari kalangan 98,000 orang itu?
Tidak mungkin semua 98,000 orang askar itu mati dalam pertempuran pertama, pasti ada baki dari kalangan mereka, tidak mungkin mereka 'hilang' begitu sahaja.
Katakan, kita sudah jumpa 20,000 orang daripada kumpulan askar 98,000 orang yang hilang itu, tetapi mereka tidak muncul dalam serangan balas.
Dilaporkan ada 20,000 orang menunggu di Kota Melaka untuk membantu angkatan serangan balas, tetapi mereka bukan askar, akhirnya mereka tidak juga muncul-muncul.
Tiada masalah kalau semberono mahu memasukkan mereka ke dalam kumpulan 98,000 askar itu, 98,000-20,000, ada baki 78,000 orang lagi, tetapi kumpulan 20,000 orang itu juga hilang begitu sahaja, ke mana hilangnya mereka? ke mana hilangnya 98,000 askar Melaka?
Dibunuh?
Membelot?
-HISTORIA-
misteri yg perlu kita cari! wajib !!!
ReplyDeleteIni sebenarnya satu misteri dalam sejarah kejatuhan Melaka. Boleh baca di sini:
ReplyDeletehttp://onoffpisi.blogspot.com/2012/04/apakah-yang-berlaku-pada-malam.html
http://pejuangbangsa31.blogspot.com/2012/08/mesti-baca-misteri-kejatuhan-kesultanan.html
mcmana nak bacayg pejuangbangsa31 tu? author je boleh baca.
Deletesalam..
ReplyDeleteterima kasih anon 20 sept 17:22
kalau ada sumber2 atau bahan2 rujukan, bolehlah kita kongsi bersama.
: )
Sebab dah fed up dgn sultan la, aklhak teruk, perangai yg x melambangkan melayu sebenar, x perlu cerita lebih... tentera rakyat makan hati, siapa ingin bertuankan sultan yg x berperangai dan berakhlak baik...
ReplyDeletedulu baghdad pun ade 100k tentera, tapi menteri syiah hasut khalifah pecat dorang dan tunduk pada Hulagu Khan, khalifah yg syangkan kerusi dari agama dan rakyat patuh bulat2, Masyaallah! Jadi baghdad dah kurang tentera pertahanan dari 100k kepada 10k, konfirm kalah klu lawan monggol yg berjumpah 200k..
Akhirnya perkara sama berulang kat melaka... perangai sultan yg teruk itu hanya mengulang nasib seperti di baghdad 300 tahun yg lalu, x blejar dari kaum terdahulu, akibatnya memang padan kena pada diri sendiri...
Salam..
ReplyDeletePak Anas,
Pak Anas kata ia sebab tentera Melaka dah fed up dengan sultan yang berakhlak teruk (dalam kes ini, Sultan Mahmud Shah). Ni saya nak tanya beberapa soalan kat Pak Anas..
- Cerita itu Pak Anas dapat dari mana?
- Pak Anas ada bukti bertulis yang bertarikh pada abad tu ke?
- atau.. Pak Anas hanya dengar cerita lisan yang direka-reka tanpa bukti?
Pak Anas kata tak perlu cerota lebih... takkan nak tiutup kes mcm tu je sedangkan takde bukti... Tak baik tu... kalau takde bukti, itu dah jadi fitnah terhadap orang yang sudah mangkat, susah nak mintak maaf sbb dah tak hidup kat atas dunia lagi.. istighfar banyak-banyak..
Kalau nak tahu apa jadi kpd 98,000 askar tu, sabar-sabar la ye...
Maaf kalau berkecil hati.. : )
Sebelum kejatuhan Melaka, Sultan Mahmud telah insaf dan bertaubat. Selepas pembunuhan keluarga bendahara Tun Mutahir kecuali Tun Fatimah, baginda merasa sangat menyesal. Sultan Mahmud telah menyerahkan takhta kepada anakandanya menjadi Sultan Ahmad (tidak disebut dalam sejarah rasmi) sementara baginda sendiri berguru ilmu agama. Perkara ini ada diceritakan di dalam Sejarah Melayu.
ReplyDeleteKalau rakyat dah fed up, mengapa ramai yang bersama-sama berjuang semasa Sultan Mahmud hidup untuk merampas Melaka. Mereka ikut ke mana sahaja baginda berundur hingga akhirnya di Kampar Sumatera. Rakyat di Kampar Sumatera menerimanya sebagai pemerintah sehingga baginda mangkat dan digelar Marhum Kampar. Orang sana bangga dengan baginda sebagai pejuang.
Oleh kerana tuan belog maklum tentang penggunaan senjata api oleh pihak Melaka, tuan belog juga patut maklum tentang strukturnya yang berdasarkan kotanegara yang berbeza dari zaman ini. Keduanya kejatuhan kota melaka bukan kejatuhan kedaulatannya mahupun rajanya yang berundur. Lainlah kalau kedatangan Portugis itu seumpama ekspidisi Tang melanggar Goreyo dan membumihanguskan seluruh institusi, budaya, kerakyatan dan peradabannya. Rajanya ditawan dibawa pulang dan warisnya tidak ditinggalkan melainkan dikejar sampai lumat kemana juga.
ReplyDeleteJadi apa nak dihairankan, musuh luar melaka bukan setakat Portugis, dan sempadan empayarnya juga jumlah kotanegaranya bertebaran. Belum kira gunting dalam lipatan, mereka yang tunggu masa untuk melepaskan diri seadanya. Itu belum kira suasana gugusan kepulauan Melayu seperti suasana di Pattani, Atcheh, Jawa, Siam hinggalah kuasa besar semasa itu iaitu Turki dan China.
Janganlah belot pula nak dipetik. Msing masing berhak pertahankan kampung halaman, atas nama melaka ataupun atas nama tanah jajahan melaka. Kalau ketua di Tanah jajahan seperti Klang tidah mengarahkan turun ke melaka- pertahankan Kelang semata mata- belot kah itu? Jadi buka mata anda dan fahamkan betul pentas semasa yang ingin anda sentuh. Bukan setakat melaka, tapi peta dunia.
Ada sambungan kisah ini?
ReplyDelete-Cik Dah-
tuan belog tak kata mereka belot...jangan salah faham..
ReplyDeletetuan belog cuma tanya..
dibunuh?
membelot?
amboi..cepat benor melatahnye..
:)
When war was declared between the two nations The ruler of malacca immediately start to gather and recruit armies throughout its empire to be centralised in malacca. On the contrary, the enemies too left for their country for reinforcements in preparation for war.
ReplyDeleteThe to and fro journeys back including warfare training, recruitments and logistics preparations for the Portugeuse took almost a year before D-day.
Meanwhile back in Malacca, the spirits and enthusiasm were fading after months of waiting for the battle. On the government side, they expected the war will commence shortly after reinforments arrived. But instead the opposites happened. Despites daily combat trainings, the armies were getting restless awating D-day.
Rations to sustenance the armies were running out. During the emergency reinforment, they overlook the logistics and accormodation requiremnts for mass hospitality provisions.
By the time the battle was drawing near the welfare of the armies were not taken care of. Wages were forsaken to some which gradually stopped. The result of these breaches, most of the armies left, those remained resorted to harrassing the locals to sustain themselves (similar as what you see in our old black n white - pendekar vs kampong thugs Malay movies)
As the saying goes :- "The rest is history", well you figure it out yourself...
-badrulh.
During the 3rd quater of the wait, it was more like a ' makan tidur ' routine for the armies.
ReplyDeleteReady? Ready for what?!!
Well... Hell hath no fury!