Thursday, 8 March 2012
The Great Malay City States
Saturday, 21 January 2012
Scythia dalam teks Hindu
Puak barbar Saka atau Scyth adalah suku nomad yang pernah wujud dalam pentas sejarah Asia Tengah. Melalui rekod-rekod awal Archamenia semasa kedinastian Parsi, direkodkan bahawa suku Saka pernah menetap di beberapa kawasan iaitu Bactria, Parsi Tengah dan Seistan sebelum mara ke India.
Mereka kemudian mara ke
Menurut ahli sejarah
Puak Indo-Scythia dipanggil Shaka (Shetta, Shetka, Shatka) dalam teks-teks purba di
Kata nama bagi suku Shaka beberapa kali disebut dalam dalam beberapa teks India purba termasuk Purana, Manusmeritti, Mahabbarata, Mahabhasiya Pantanjali, Brhatt Samhita, Kavyamimamsa, Brihatkarthamanjari, Karthasaritsagara, serta Ramayana. Dalam teks-teks itu, suku Shaka dijelaskan sebagai suku yang suka berperang, suka menyerang dan membuat kerosakan di barat-laut
Teks Manusmriti yang ditulis pada 200 Sebelum Masehi mengistilahkan bahawa suku Shaka sebagai gerombolan tentera yang gagah tetapi jahat. Mahabbrata juga mengistilahkan perkara yang sama.
Teks Vartikka pula menjelaskan Shaka sebagai suku barbar yang berkubu di Uttarapattha, Uddichya. Ramayana pula menjelaskan Shaka adalah puak barbar yang agresif dan pernah menyerang Hindukush.
Suku Shaka juga digambarkan sebagai gerombolan
Kira-kira 50 tahun selepas Avodhya ditawan Shaka bersama sekutunya, anak raja Bahoo iaitu Sagara berjaya mengambil Avodhya semula selepas mengalahkan puak Shaka. Sagara juga bertindak menghukum puak Shaka sebelum menghalau mereka keluar daripada Avodhya.
Teks Kalika-Purana, mencatatkan peperangan antara Kalika dengan Kali antara tahun 187 hingga 180 Sebelum Masehi. Ia menerangkan Shaka menjadi sekutu Kali dalam menentang Kalika. Perjalanan sejarah di
Shaka atau Saka adalah suku penceroboh yang pernah berkuasa di tengah dan barat India. Suku Shaka Kushana (Indo-Aryanomad-Scyhia) pula berkubu di utara India, manakala suku Shaka Satavahana pula mengambil alih barat India. Kekuasaan mereka mengambil tempoh antara tahun 45 Masehi hingga 405 Masehi.
Kawasan seperti Saurashtra dan Malva pula adalah sebahagian daripada wilayah kekuasaan Shaka. Zaman kekuasaan suku Shaka di India bermula sejak pemerintahan Raja Chastana pada abad kedua Sebelum Masehi sehingga abad ketiga. Kewujudan mereka di India juga menjadi penyebab kepada wujudnya Kalendar Tahun Shaka.
Rentetan peristiwa itu menunjukkan bahawa suku Scythia memang pernah juga membuat kemusnahan di India melalui beberapa siri serangan dan peperangan yang mengancam tamadun-tamadun sedia ada di sana.
~
Friday, 20 January 2012
Dari sungai berpindah ke bukit
Keperluan pengairan menggunakan sumber air sungai sangat penting dalam menyuburkan kawasan pertanian dan penternakan. Sistem pengairan dibangunkan bagi membolehkan kegiatan pengeluaran makanan bagi keperluan penduduk dapat berjalan dengan lancar dan demi survival.
Tetapi, penempatan tamadun di tepi sungai terpaksa berpindah (diperluaskan) ke kawasan berbukit apabila menghadapi serangan suku nomad Scythia dan Indo-Scythia. Negarakota dengan tembok-tembok besar sebagai kubu kemudian dibina di kawasan berbukit dan berbatu sebagai langkah mengelak diserang suku nomad.
Dalam keadaan ini, berada di tepi sungai bukan lagi keperluan utama bagi tamadun-tamadun besar untuk meneruskan survival. Sistem pengairan terpaksa dimajukan dengan teknologi-teknologi baru bagi membolehkan air dapat disalurkan ke kawasan-kawasan yang jauh daripada sungai termasuk di kawasan berbukit yang dijadikan kubu.
Berada di tepi sungai adalah langkah yang tidak selamat bagi membina tembok kota kerana kawasan tersebut mempunyai struktur tanah yang lembut. Tanah yang lembut disebabkan penyerapan air menyebabkan tembok yang dibina boleh runtuh dengan mudah dan tidak tahan lama.
Disebabkan itu, tamadun-tamadun yang diserang suku nomad mengambil langkah memperluas wilayah ke kawasan berbukit yang berbatu bagi membolehkan tembok-tembok yang lebih kukuh dapat dibina. Berada di atas kawasan bertanah tinggi juga membolehkan sebarang pergerakan di tanah rendah dapat dikawal dan dipantau.
Serangan Scythia meliputi Bactria, Sogdiana, Arakosia, Gandhara dan Lembah Indus. Sumber-sumber Greek pula menyebut, suku itu menyerang Sumeria, Mesopotamia, Babilonia dan sebahagian Asia.
Pembinaan negarakota yang dibina tembok-tembok besar adalah dipengaruhi oleh serangan Scythia. Andai tiada serangan Scythia, sudah tentu tiada keperluan untuk tamadun-tamadun besar itu memindahkan negarakota (kota terletaknya istana pemerintah) ke kawasan berbukit dan berbatu yang terletak jauh daripada sumber air.
Keganasan Scythia dalam pentas sejarah memainkan peranan dalam perkembangan tamadun manusia. Ia membawa kepada penerokaan teknologi pengairan dan peperangan serta perkotaan dalam menghadapi ancaman suku nomad.
Pembinaan Tembok Besar China semasa pemerintahan Maharaja Shi Huang Ti juga didorong oleh serangan suku nomad Xiongnu yang merupakan suku keturunan Scythia yang berhijrah ke Asia.
Pada abad kedua Sebelum Masehi, perjalanan sejarah suku Scythia banyak direkodkan dalam sumber Rom. Suku itu turut direkodkan memasuki Asia dan dipanggil Xiongnu oleh orang Cina.
Selepas suku nomad Yuezi (suku Indo-Eropah) yang sebelum itu menguasai Asia Timur berhampiran China dikalahkan oleh suku Xiongnu (suku Indo-Scyth), direkodkan suku Xiongnu kemudian mengambil alih dominasi di Asia Timur. Mereka sebelum itu membina penempatan di Mongol sebelum bekerjasama dengan suku Wusun menyerang suku Yuezi dan mengambil alih Kilian Shan dan Dun Hwang.
Kota-kota berkubu yang dibina di tamadun sekitar Lembah Indus juga didorong oleh serangan suku nomad Aryan (Aryanomad) yang juga suku pecahan Indo-Scythia. Sumber kitab agama dan sastera sejarah India iaitu Purana, turut merekodkan serangan Scythia.
Pertembungan antara Baha Saghara dan Haihaya Saka (Scythia disebut Saka atau Shetta dalam sebutan India Dravida) ini dipanggil ‘panca ganha’ dalam perang Kuruk Shetta. Ia menyaksikan serangan Scythia terhadap India sehingga menyebabkan bangsa Dravida terpaksa berundur ke selatan.
Selain itu, Parsi juga merekodkan siri serangan balas terhadap suku Scythia. Pada 512 Sebelum Masehi, Raja Koresh (Darius The Great) menyerang Scythia di Danube. Peperangan ini turut direkodkan Herodotus (ahli sejarah Yunani) yang mengatakan suku Scythia sebelum itu telah beberapa kali menyerang angkatan Parsi pada abad ke-5 hingga abad ke-3 Sebelum Masehi.
Suku Scythia adalah suku nomad yang ganas dalam peperangan. Suku ini direkodkan sebagai mahir dalam peperangan tentera berkuda serta memanah. Mereka juga dikatakan cekap memanah walaupun sambil menunggang kuda yang sedang berlari.
Tamadun-tamadun besar dalam sejarah manusia seringkali dicatat oleh sumber Yahudi dan Greek sebagai pernah menghadapi serangan-serangan yang dilakukan oleh suku barbar ini. Sumber-sumber Greek jika dibuat rujukan silang dengan sumber-sumber lain (Cina, India dan Yahudi) turut menyaksikan keselarian peristiwa. Kisah serangan suku Scythia tercatat dalam hampir semua tamadun besar.
Jadi, inilah suku bangsa yang melakukan banyak kemusnahan di atas muka bumi. Mereka adalah musuh kepada tamadun-tamadun besar dunia. Mereka jugalah yang menjadi faktor kepada sesuatu tamadun untuk meningkatkan teknologi bagi menghadapi serangan mereka apabila terpaksa berpindah jauh daripada sungai.
~
Serangan nomad

Tamadun-tamadun 'advance' atau tamadun-tamadun besar dalam sejarah awal manusia menyaksikan siri-siri serangan daripada golongan barbar & suku nomad.
Rekod-rekod Yunani (Greek) menjelaskan tamadun-tamadun besar itu diserang oleh segolongan barbar yang dipanggil Scythia dan berasal dari padang ragut Eurasia (juga dipanggil padang steppe yang berumput dan berhutan) yang terbentang dari Eropah Timur hingga sebahagian Asia Timur.
Manakala dalam rekod-rekod Yahudi yang selari dengan rekod-rekod Greek pula menjelaskan suku-suku penyerang nomad yang menyerang tamadun-tamadun besar itu ialah suku Gog dan Magog dari jurai Japhite.
Menurut beberapa sumber sejarah. Keturunan manusia bercambah daripada anak-anak Nabi Nuh yang terselamat selepas peristiwa banjir besar. Berdasar sumber-sumber pengkaji Islam, anak-anak Nabi Nuh yang terselamat ialah Shem, Ham dan Yafit.
Sumber-sumber Islam juga menerangkan nama anak-anak Nabi Nuh secara selari dengan sumber-sumber Yahudi yang mana Yahudi menyebut anak-anak Nabi Nuh yang terselamat ialah Sem, Hem dan Yaffet menurut sebutan dalam bahasa Yahudi.
Isaac Newton (yang popular dengan teori graviti) juga menerangkan manusia terdiri daripada tiga bangsa induk iaitu Semite (keturunan Shem), Hammite (keturunan Ham) dan Japhite (keturunan Yafits).
Shem bin Nuh melahirkan bangsa-bangsa Semit seperti Arab, Yahudi, Akkad, Assyr, Babilon, Meso dan
Pembinaan (arkitektural) kota-kota dalam tamadun besar juga didorong oleh serangan suku nomad. Tembok-tembok dalam negarakota juga dibina bagi menghalang serangan suku nomad Scythia dan Aryanomadik.
Rekod-rekod Greek menerangkan tamadun-tamadun di sekitar Fertile Crescent (berdasarkan bentuk lekukan wilayah subur dalam peta Asia Barat) sering mendapat serangan daripada suku nomad dan barbar.
Ia memaksa tamadun-tamadun itu membina negarakota yang tidak mampu ditembusi oleh serangan suku nomad. Dalam rekod Flavius Josephus (ahli sejarah Yunani berketurunan Yahudi, hidup pada abad pertama Masehi) merekodkan, suku nomadik tersebut ialah suku Scythia yang dikenali sebagai tentera berkuda. Josephus dalam catatannya The Antiquities of the Jews turut memberi nama
Manusia yang hidup secara menetap dengan membina tamadun sering berhadapan dengan risiko diserang oleh suku nomad. Selain itu, rekod-rekod lain juga menyebut perkara yang sama. Kesimpulan di sini ialah semua tamadun besar pernah berhadapan dengan serangan suku
Suku Scythia inilah yang menjadi ancaman kepada tamadun-tamadun besar. Mereka digelar bangsa berkuda yang memusnahkan bangsa-bangsa lain dan alam sekitar di mana sahaja kawasan berpenduduk yang menjadi laluan mereka. Inilah juga suku yang hidup di kawasan pergunungan di Caucassia dan padang Eurasia.
Berdasarkan rekod perjalanan suku Scythia (mengikut sumber sejarahwan Herodotus), sebahagian mereka dikesan berpindah ke Eropah Timur selepas tumpas dalam serang balas Assyria. Sebahagian yang lain pula menetap di Asia Timur sekitar Mongol dan keturunan mereka akhirnya berkembang di
Pada kira-kira tahun 1600 Masehi pula, suku Mongol dari keturunan Scyth (Sith) itu kembali menyerang tamadun-tamadun besar di sekitar Asia Barat dan Timur Tengah. Antara tamadun yang terjejas dan runtuh akibat serangan orang Mongol ialah pemerintahan Khalifah Abbassiyah dan beberapa pemerintahan Islam yang lain.
Suku Scythia disebut Magog berdasarkan sumber Yahudi, sumber Greek pula menyebut sebagai
Orang Yahudi memanggil suku itu sebagai Gog dan Magog (mengikut ejaan Greek seperti dalam teks Flavius Yosephus) yang jika disebut berdasarkan lidah asal Yahudi pula ia berbunyi Joj dan Majoj. Manakala dalam sebutan Arab disebut Yakjuj dan Makjuj.
Kesimpulannya, perjalanan sejarah tamadun-tamadun besar dunia sering berhadapan ancaman daripada suku Gog dan Magog atau disebut Yakjuj dan Majuj dalam bahasa Arab. Suku itulah yang dijelaskan dalam alQuran yang berbahasa Arab sebagai ‘kaum’ yang sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi.
“Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?” – Quran, al-Kahfi, ayat 94.
Kata nama 'kaum' juga merujuk kepada manusia. Yakjuj Makjuj itu adalah manusia. Gog Magog adalah kaum yang sama. Suku bangsa itulah yang menjadi pemusnah bangsa-bangsa dan tamadun-tamadun seperti yang dicatatkan dalam rekod-rekod sejarah.
~